Sudah berlangganan artikel blog ini via RSS Feed?
 
Nama:
Email:
 

Khamis, 23 April 2009

Pakar motivasi melayu

"Melayu boleh dalam bidang motivasi"

Post melayu boleh kali ini, penulis tampilkan seorang pakar motivasi melayu yang tidak asing lagi iaitu Dato'Dr Haji Mohd fadzilah Kamsah.Pakar motivasi melayu ini telah banyak memberi ceramah ke seluruh tanah gugusan melayu termasuk Indonesia,Brunei,Singapura dan Thailand.Anak melayu boleh ini telah mengendalikan lebih 6,000 kursus dalam pelbagai bidang samada untuk agensi-agensi kerajaan dan swasta seperti bidang komunikasi, perhubungan awam, hubungan kemanusiaan, khidmat pelanggan, etika kerja, budaya korporat dan sebagainya.

Selain menjadi pakar motivasi melayu, melayu boleh ini juga banyak menyandang jawatan di beberapa tempat. Antaranya:
  • YDP, PIBG Sek. Keb. Bandar Baru Bangi (1993 hingga 1994).
  • Pengerusi, AJK, Surau Al-Uum, Bandar Baru Bangi (1987 hingga 1992).
  • Ahli Badan Perunding Islam Malaysia (1995 hingga 1997).
  • Ahli Majlis Kementerian Belia dan Sukan (1995 hingga 1998).
  • Pengarah Kehormat Yayasan UMMI.
  • Ahli Panel Jawatan Kuasa Dekad Cemerlang Negeri Selangor.
  • Ahli seumur hidup MCOBA.
  • Pakar motivasi segmen Motivasi RTM 1 (1993 hingga sekarang).
  • Pakar rujuk komunikasi rumah tangga segmen ‘Sekapur Sirih’ TV3 (1993 hingga 1994).
  • Pakar motivasi segmen Tabiat Pagi, TV3 (Mac 1994 hingga 1997)
  • Pakar motivasi segmen Cermin Diri, TV3 (Jun 1995 hingga 1999).
  • Hos dan kaunselor program ‘Suara Hati’, TV3 (1997 hingga 1998).
  • Pakar rujuk segmen Motivasi dan Kecemerlangan Rumah Tangga RTM3 – Seremban, Ipoh dan Shah Alam (1994 hingga 1995).
  • Melatih ketua-ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam bidang ‘Pidato Politik (1989 hingga 1994).
  • Ahli Institusi Perhubungan Raya Malaysia (IPRM).
  • Ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Kuala Lumpur (DPMM, KL).
  • Ahli Malaysia Society Training Development (MSTD).
  • Ahli Malaysia Institute Management (MIM).

Anak melayu boleh ini juga telah banyak mengarang buku motivasi melayu untuk orang melayu.Yang terbaru adalah...
1) Petua membuat orang jatuh cinta
2) Petua sentiasa ceria
3) Petua pelajar cemerlang
4) Menangani anak bermasalah
5) Menempuh gerbang perkahwinan

Ini adalah contoh seorang lagi anak melayu boleh yang telah berjaya di dalam bidang motivasi.Rasanya tidak lengkap jika post pakar motivasi melayu boleh ini tidak sertakan gambar dan biodata anak melayu berkebolehan ini.

Dato’ Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah dilahirkan pada 16 Julai 1951 di Sg. Pinang, Klang. Beliau adalah pengarah urusan Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd. dan ketua pengarah di ETC Communications Sdn. Bhd. Beliau pernah memegang jawatan timbalan pengarah di PPPL, UPM dari tahun 1993 hingga September 1993. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai pensyarah dan tutor di Jabatan Komunikasi Pembangunan, Beliau memegang ijazah B.S Agric. Sciences (1st Class Hons) dari Universiti Malaya pada tahun 1975. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Wisconsin, USA mengambil M.S Agricultural Journalism pada tahun 1977. Beliau memiliki Ph.D Organisational Communication dari Wisconsin, USA pada tahun 1984.

melayu boleh

Artikel "pakar motivasi melayu" adalah hak milik melayuboleh-2u.com

1 ulasan:

Zulmi Irvansyah berkata...

Hallo salam kenal.
visit my blog ya... plus baca berita penawaran di soutbox saya, ok :D

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Komenlah dengan semangat melayu boleh, bukannya melayu boleh 18sx...

 

Melayu boleh link

Search melayu boleh

Memuatkan ...

Video pilihan melayu boleh