Sudah berlangganan artikel blog ini via RSS Feed?
 
Nama:
Email:
 

Isnin, 25 Mei 2009

Seniman Agung P.Ramlee

Pada 29 Mei ini, maka genaplah 36 tahun pemergian Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh.Siapa yang tidak kenal P.Ramlee?Walaupun sudah 36 tahun seniman agung ini meninggalkan kita tetapi karya-karyanya sering dimainkan samada di kaca televisyen ataupun di radio.Karya-karya seniman agung ini tidak jemu ditonton atau didengari walaupun setiap hari lahirnya karya-karya yang baru.

Anak melayu boleh ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di sekolah Francis Light sehingga darjah lima.Sikapnya yang kurang berminat dalam bidang pelajaran dan lebih kepada bidang seni,telah membuka jalan pada melayu berkebolehan ini dalam bidang lakonan,nyanyian,melawak ataupun kerja-kerja dibelakang tadbir.Walaupun pada mula kerjayanya sebagai pelakon pembantu,namun akhirnya P.Ramlee diberi peranan sebagai hero dalam filem Bakti bersama aktres Kasma Booty.

Kebolehan seniman agung P.Ramlee dalam bidang lakonan terus diuji pada tahun 1955 dengan menjadi pengarah dalam filem Penarik Beca.Filem ini telah diangkat sebagai Filem Terbaik seleruh Tanah Melayu setahun selepas itu.Kejayaan itu telah menjadi azimat kepada seniman agung ini untuk mengarah filem kedua iaitu Semerah Padi.Bakat dan kebolehan anak melayu seba boleh ini bukan sekadar pada filem bercorak drama,malah buat pertama kalinya seniman agung ini telahmengarahkan filem bercorak komedi iaitu Bujang Lapok pada tahun 1957.Menyusul dua tahun kemudiannya dengan Pendekar Bujang Lapok.Filem ini terpilih sebagai Filem Komedi Terbaik di Pesta Filem Asia di Kuala Lumpur.

Selain mengarah filem,seniman agung ini juga turut sama mengubah dan menulis lirik lagu.Secara kebetulan, banyak lagu-lagu yang dicipta oleh P.Ramlee bergandingan dengan penulis lirik S.Sudarmaji.Gabungan antara mereka berdua ini sangat berhasil dan antara lagu popularnya pada waktu itu ialah Maafkan Kami,Tolong Kami,Pukul Tiga Pagi dan sebagainya yang sentiasa mendapat tempat dihati peminat.Kebiasaannya setiap bait lirik lagu senimam agung P.Ramlee akan terkandung unsur-unsur nasihat ataupun kisah kehidupan yang telah terjadi ataupun terus terjadi.Antara kata-kata hikmat yang pernah keluar dari mulut beliau ialah..


melayu+boleh-pramlee

Karya seni adalah satu daripada kerja Tuhan,oleh itu buatlah bersungguh-sungguh dan dengan kejujuran

Ahad, 17 Mei 2009

Sukan badminton negara

Keluarga badminton melayu


Ketika catatan ini sedang ditulis, pasukan badminton negara sedang ketinggalan 1-0 pada pasukan China dalam kejohanan badminton Piala Sudirman 2009.Ketika ini harapan masih ada kerana bergu utama negara sedang mendahului dengan kemenangan pada set pertama 21-19.Pada kumpulan lain, Korea telah mengalahkan Indonesia dengan 3-1.Pasukan badminton Korea mara ke final lagi pada tahun ini.

Baiklah berbalik pada tajuk utama blog melayu boleh ini, sukan badminton negara amat berkait rapat dengan anak-anak sidek iaitu Misbun,Jailani,Razif,Rashid dan Abdulrahman.Mereka inilah anak melayu yang berkebolehan dalam sukan badminton dan telah menjulang nama negara dan khususnya bangsa melayu didalam sukan badminton.Sukan badminton negara amat terhutang budi terutama pada bapa mereka iaitu Armahum Datuk Sidek Abdullah kerana telah berjaya mendidik anak-anaknya menjadi pemain badminton negara yang disegani.

Kejayaan yang paling besar pernah anak melayu boleh ini kecapi ialah merangkul Piala Thommas pada 16 Mei 1992 di Kuala Lumpur.Antara penyumbang pada kejayaan tersebut ialah Rashid Sidek dalam acara perseorangan dan abangnya Razif dan Jailani dalam acara bergu.selain itu anak melayu boleh ini juga telah menyumbang pingat di dalam temasya sukan Olimpik.Malahan Misbun dan Rashid telah menjawat jawatan sebagai jurulatih di Persatuan badminton Malaysia, BAM.Bahkan abangnya Razif pun pernah menjadi ketua jurulatih pada awal tahun 1990-an.

Selain daripada itu, kelima-lima anak melayu boleh ini juga telah menghasilkan komik iaitu Anak-anak Sidek.Komik dalam bahasa melayu ini adalah kisah tentang bagaimana Datuk sidek mendidik anak-anaknya sehingga menjadi pemain badminton negara.Komik beriri ini juga telah di adaptasikan dalam bentuk animasi dan dibuat filem bersiri buat tontonan rakyat Malaysia.Cerita animasi ini berkisah tentang keluarga sidek bersama kelima-lima anaknya yang dibesarkan disebuah perkampungan melayu dan diselitkan dengan unsur-unsur lawak,sedih,motivasi,keazaman, agama dan sebagainya sebagaimana kehidupan anak melayu itu sendiri.

Baiklah, sebagai penutup pada tajuk kita hari ini iaitu "melayu boleh dalam bidang sukan",maka saya selitkan sedikit video tentang sukan badminton negara iaitu Final Piala Thomas 1992 dan gambar para pemainnya yang telah menunujukkan semangat Malaysia Boleh dan Melayu boleh.


melayu boleh

Khamis, 7 Mei 2009

Puteri renang melayu

Melayu boleh dalam bidang sukan

Jika berkata tentang bidang sukan,memang ramai atlit negara terutamanya atlit melayu yang telah mengharumkan nama negara kita,Malaysia.Tetapi sehingga kini masih belum ada lagi atlit melayu yang dapat menandingi kebolehan anak gadis melayu ini, iaitu puteri renang negara,Nurul Huda Abdullah.Gadis melayu ini,telah mencapai rekod tertinggi dalam sukan renang negara dengan menggondol 8 pingat emas dalam sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur.Anak melayu ini juga telah dinobatkan sebagai atlit wanita terbaik pada temasya tersebut.


Kebolehan anak melayu ini telah dikesan pada umur 13 tahun lagi dimana beliau telah menggondol 7 pingat emas pada temasya sukan SEA 1985 di Bangkok.Pada temasya sukan SEA 1987 di Jakarta, anak melayuboleh ini telah menggondol 8 pingat, 7 emas dan 1 perak.Sayang sekali,kebolehan dan bakat yang ada pada anak melayu ini tidak dapat digilap lagi kerana beliau Nurul Huda mengambil keputusan bersara selepas sukan SEA di Kuala Lumpur kerana hendak melanjutkan pengajian dalam bidang psikologi di Melbourne Australia.


Post melayuboleh tidak lengkap tanpa gambar dan biodata tentang puteri renang melayuboleh ini.

Nama : Nurul Huda Abdullah
Asal : Selangor
Pungutan pingat:
1985 - Tujuh emas di Sukan Sea Bangkok.
1986 - Dua perak dan dua gangsa di sukan Asia ke-10 di Seoul,Korea.
1987 - Tujuh emas di Sukan Sea Jakarta.
1989 - Lapan emas di Sukan Sea Kuala Lumpur.


Pencapaian :

1) Pemenang anugerah sukan Malaysia bagi kategori wanita untuk tahun 1985 dan 1986.
2) Perenang wanita melayuboleh asia tenggara memecahkan rekod 100m gaya bebas dalam masa kurang 60 saat.
3) Perenang wanita melayuboleh asia tenggara memecahkan rekod 400m Individual Medley dalam masa kurang 5 minit.
4) Memecahkan rekod Kebangsaan sebanyak 10 kali dari 12 acara individu yang beliau tandingi.


melayuboleh

Selasa, 5 Mei 2009

Pakar metamatik melayu

Melayu boleh dalam bidang pelajaran


Jika bicara tentang pelajaran metamatik, maka ada 2 orang anak melayu yang telah mengharumkan nama Malaysia dan juga bangsa melayu itu sendiri.Anak melayu boleh yang dimaksudkan ini ialah Adi Putra dan Sufiah Yusuf.Lelaki melayu dan gadis melayu ini adalah contoh terbaik bagi orang melayu yang telah mencapai kejayaan dan mempunyai kebolehan dalam bidang metamatik.

melayu boleh

Tetapi buat gadis melayu boleh ini, iaitu Sufiah Yusuf, 24 tahun,tuah dirinya tidak berpanjangan apabila mula terjebak didalam kancah pelacuran.Gadis melayu ini pernah suatu ketika dulu menjadi bualan rakyak Malaysia umumnya dan bangsa melayu kerana berjaya memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun.Dan kini menjadi bualan bukan saja untuk bangsa melayu tetapi juga untuk umat Islam keseluruhannya.Selepas 3 tahun belajar di Universiti Oxford, Sufiah telah menghilangkan diri pada usianya 16 tahun.Gadis melayu ini hanya ditemui 2 minggu kemudian di sebuah kafe Internet di Bournemouth dan bekerja sebagai pelayan hotel.Ibu Sufiah, Halimahton berasal dari Muar, Johor manakala bapanya, Yusof berasal dari Pakistan.Dalam e-mel kepada keluarganya, Sufiah menyifatkan hidup dengan bapanya ‘umpama dalam neraka’.Gadis melayu ini enggan kembali ke pangkuan keluarga dan diletakkan di bawah jagaan sebuah badan sosial sebelum kembali ke Oxford untuk menyelesaikan pengajian matematik peringkat sarjana.
Gadis melayu ini berkahwin pada 2004 ketika berusia 19 tahun dengan Jonathan Marshall, 24, tetapi rumah tangganya hanya bertahan selama setahun.

Berlainan pula dengan budak melayu ini iaitu adik Adi Putra, dimana dalam usia 10 tahun telah berkebolehan menyelesaikan masalah metamatik dalam masa yang singkat.Dimana orang dewasa pun harus menggunakan mesin kira-kira untuk menyelesaikannnya.Menurut bapanya, kebolehan anak melayu boleh ini dikesan ketika Adi putra berumur 3 tahun iaitu beliau menunjukkan minat menghafal sifir.

Bercita-cita menjadi profesor metamatik Islam, anak melayu seperti anak melayu lain yang seusia dengannya.Beliau bermain, belajar dan gemar makan roti dan aiskrim serta minum minuman bercoklat.Anak melayu yang berkebolehan dalam bidang metamatik ini, dilihat bakal menjadi pengganti kepada Sufiah Yusuf.Bakat anak melayu boleh ini telah digilap oleh bapanya iaitu Abd.Ghani yang berasal dari Trengganu.

melayu boleh

Sedikit biodata tentang adik Adi Putra

Nama : Adi Putra bin Abd Ghani
T/Lahir : 27hb Januari 1999
Umur : 8 tahun
Belajar : Sedang mengikuti program A-Level Kolej Matrikulasi,
UIA Malaysia,
Petaling Jaya.
Cita-cita : Professor Matematik Islam
Idola : Prof. Dato’ Dr Ismail b. Md Salleh
Impian : Adi akan cipta sebuah komputer canggih yang boleh bercakap untuk orang buta dan Adi akan hadiahkan kepada idola Adi.
Adi akan cipta satelit bumi dan angkasa untuk kegunaan negara-negara Islam sahaja dengan menggunakan password Al-Quran.

Sabtu, 2 Mei 2009

Pakar herba melayu

Melayu boleh dalam bidang herba

Jika bercakap tentang herba, masyarakat melayu dulu akan terfikir tentang kedai sin seh iaitu kedai perubatan herba kaum cina.Tetapi sekarang telah ramai anak melayu yang pakar dalam bidang herba ini.Salah satunya adalah Tuan Haji Ismail Ahmad,anak melayu yang berkebolehan dalam bidang herba.Anak melayuboleh ini telah menubuhkan syarikat MLM berasakan herba dengan nama HPA, Herba Penawar Al-Wahida, dulunya dikenali sebagai PTA-Perubatan Tradisional Al-Wahida.Sehingga kini jumlah ahli HPA ini telah melebihi angka 500,000 ribu keahlian termasuk Malaysia,Singapura,Indonesia dan Brunei.
HPA Industries Sdn. Bhd. telah ditubuhkan secara rasmi pada 15 hb Julai 1995.HPA Industries Sdn Bhd memiliki empat buah kilang yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba Rossele, Pegaga, Misai Kucing, Jagung, Serai, Pisang dan ternakan Ayam,itik, lembu dan Kambing Organik seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupiYang terbaru adalah kilang kopi radix "mai secawan".Kilang yang terletak di kawasan perindustrian MIEL, Jejawi Perlis ini mampu menghasilkan kapasiti 720,00 kotak kopi sebulan.
melayu boleh

Siapakah anak melayu hebat ini, yang berkebolehan dalam bidang herba dan MLM berasaskan perubatan herba ini?Sedikit biodata tentang nak melayu boleh dalam bidang herba.Petikan diambil dalam Metro.
Orangnya cukup sederhana sekalipun memiliki rangkaian perniagaan bernilai jutaan ringgit. Ketika ahli perniagaan setarafnya hidup dalam kemewahan, anak melayu ini lebih selesa menetap di rumah pusaka keluarganya yang beratapkan rumbia dan berdindingkan buluh.

Ia cukup berbeza dengan bangunan HPA Industries Sdn. Bhd. (HPA), syarikat yang diasaskannya pada 1997 yang tersergam indah di Jalan Jejawi, Perlis.

Ini tidak termasuk 4 kilang miliknya di Kawasan Perindustrian Kuala Perlis bernilai lebih RM20 juta.

melayu boleh

Mungkin mereka yang pertama kali berjumpa dengan pakar herba melayu ini akan mengaitkan kesedarhanaan hidup beliau dengan imej waraknya.

Namun bagi Ismail Ahmad, 47, kehidupan peribadi dan perniagaan mempunyai sempadannya yang tersendiri.

“Melayu boleh ini lebih selesa jika orang mengenali produk dan syarikat ini daripada dirinya sendiri,” kata ‘tauke HPA’ itu sebaik wartawan Metro Ahad melangkah masuk ke pejabatnya di Perlis.

Kenyataan itu melahirkan rasa bimbang jika gagal mendapatkan maklumat dikehendaki untuk menulis di ruangan ini. Namun dalam tempoh singkat, sesi temu bual yang bermula dengan formal berubah kepada suasana penuh mesra dan ceria.

Keadaan menjadi bertambah rancak apabila graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) itu menceritakan mengenai hobinya sejak zaman kanak-kanak untuk memasuki hutan bagi mencari pokok herba dan akar kayu.

“Hobi ini bermula sejak saya berusia 12 tahun dan kini dipindahkan menjadi kerjaya dan perniagaan teras saya hari ini sebagai pengeluar produk kesihatan berasaskan herba,” katanya.

Ismail yang juga anak melayu jati Jejawi berkata, walaupun kini memiliki perniagaan yang mempunyai rangkaian di seluruh Asia Tenggara, beliau masih memperuntukkan masa sekurang-kurangnya 2 atau 3 hari dalam sebulan untuk memasuki hutan.

“Bukan bersikap takabbur, tetapi hampir seluruh hutan dan bukit di sekitar Perlis dan Kedah ini sudah saya jelajahi.

“Bermula daripada kanak-kanak dengan mengekori orang yang lebih dewasa untuk belajar pengalaman mereka, kini jika saya mahu mencari sesuatu akar kayu atau herba, Insyaallah saya boleh ingat di hutan dan bukit mana.

“Malah salah satu kebolehan beliau ialah, jika sesuatu herba atau akar kayu itu dibalut dengan kain, hanya daripada bau dan memegang bentuknya saja,saya boleh tahu jenisnya,” katanya.

Mengenai pengalaman pelik atau mencemaskan sepanjang 21 tahun meredah hutan dan bukit, anak melayu jati ini berkata, beliau bersyukur kepada Tuhan kerana setakat ini hanya menemui tapak peninggalan binatang buas seperti gajah dan harimau.

“Yang pasti pengalaman memasuki hutan sungguh istimewa. Ini kerana apabila kita semakin mendekatkan diri kepada alam ciptaan Allah SWT, kita akan semakin merasai kebesaran-Nya.

“Sebagai contoh ada sejenis garam di puncak Gunung Jerai yang cukup berkesan untuk penyakit kencing manis, dan masa mengambil garam ini yang paling baik ialah selepas kambing gurun menjilatnya dan kambing itu hanya hadir pada waktu tertentu,” katanya.

Antara pengalaman luar biasa yang lain ialah beliau pernah menemui ‘batu leleh’ sebesar pemeluk orang dewasa yang mempunyai banyak keistimewaan, terutama berfungsi sebagai penyerap racun dan bernilai ratusan ribu ringgit.

Apabila ditanya bagaimana daripada hanya pencari akar kayu dan herba di hutan, beliau muncul sebagai peneraju syarikat jualan langsung (MLM) Bumiputera melayu pertama berasaskan syariah, antara yang terbesar di negara ini, Ismail berkata:

“Semuanya bermula ketika saya bekerja di LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang) Kampung Kok Keliang dekat Padang Sidin di Perlis. Kami memenangi anugerah Hari Q (Qualiti) JPM (Jabatan Perdana Menteri) dan dihantar ke Indonesia sebagai hadiah.

“Di sana, kami berpeluang melawat beberapa kilang ubat tradisional seperti Mustika Ratu dan Nyonya Menere. Daripada situ saya terfikir mengapa orang Malaysia terutamanya bangsa melayu, tidak mencontohi mereka kerana kita ada permintaan tinggi untuk produk ini.

“Lagipun ketika itu saya memang berniaga ubat secara kecil-kecilan. Malah, ketika di UPM pun, saya berniaga ubat di pasar malam. Ramai penuntut UPM sama ada ‘batch’ (tahun) saya atau senior mahupun junior mengenali saya sebagai penjual ubat pasar malam.

“Selepas tamat pengajian dan bekerja di LPP, saya masih meneruskan perniagaan ini dan apabila mendapat suntikan semangat daripada pengalaman di Indonesia, saya berhenti kerja di LPP pada 1995,” katanya.

Mengimbas semula peringkat awal penubuhan HPA atau singkatan Herba Penawar Al-Wahida sempena nama anak sulungnya, Wahida yang kini berusia 18 tahun, Ismail berkata, kejayaan tidak datang bergolek dalam hidup seseorang.

“Malah, saya dan isteri (Norhayati Ahmad) menjual di pasar malam dan dari rumah ke rumah untuk mengumpulkan modal sehingga HPA menjadi syarikat MLM pada 1999.

“Sejak itu kami tidak lagi menoleh ke belakang dan hari ini, HPA mempunyai 350,000 ahli di seluruh Malaysia. Cawangan kami di luar negara ialah Indonesia yang dibuka pada 2001 dan kini kita (HPA) mempunyai kilang di negara itu dengan 50 pekerja.

“Kita juga mempunyai pejabat di Pattani (Thailand) selain Brunei dan Singapura dengan setakat ini 85 produk ditawarkan kepada ahli kami,” katanya.

Bagaimanapun, HPA bukan sekadar sebuah syarikat MLM kerana ia turut menjual produk secara konvensional, selain membekalkan produk kesihatan kepada organisasi tertentu tetapi kemudian dipasarkan dengan menggunakan label organisasi berkenaan.

Ismail berkata beberapa organisasi gergasi di negara ini menjalinkan kerjasama sedemikian dengan HPA.

“Ini satu pengiktirafan, terutama HPA adalah syarikat MLM Bumiputera kedua di negara ini menerima pengiktirafan Good Manufacturing Practice (GMP) pada 1997 dan tahun ini Insyaallah menerima MS ISO-9001,” katanya.

Namun kata anak melayu ini, yang lebih penting ialah orang ramai tidak perlu berasa was-was menggunakan produk HPA kerana mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KK) selain disahkan halal.

“Berikutan mempunyai keyakinan tinggi terhadap kualiti produk kami, HPA merancang tahun ini untuk mengorak langkah ke Timur Tengah dan Eropah,” katanya.

Bagaimanapun, beliau membuka HPA bukan hanya berasaskan keuntungan, tetapi juga kerana yakin hanya dengan perniagaan akan memberi peluang kepadanya memajukan diri dan keluarga, masyarakat setempat dan ummah secara keseluruhannya.

“Di HPA, kita sentiasa percaya kepada konsep perkongsian pintar. Sebagai contoh, kita menjalin kerjasama dengan beberapa pemilik tanah dan petani di sekitar Perlis dan Kedah untuk menanam herba, di mana kita akan membeli semula tanaman mereka.

“Pada masa sama, ahli menjalin perkongsian pintar dengan HPA. Ini kerana hanya dengan yuran keahlian serendah RM30 seumur hidup, mereka bukan sahaja berpeluang menggunakan produk bermutu untuk diri dan keluarga, tetapi juga mampu menambah pendapatan dengan menjadi wakil penjual bagi HPA,” katanya.

Selaras dengan hasrat menjadi syarikat bertaraf global, Ismail berkata, pemikiran dan imej HPA juga akan mengikut peredaran zaman dan kehendak pasaran.


Dan yang terbaru ialah penubuhan RFC, Radix Fried Chicken iaitu ayam goreng berasas organik yang 100% asas rempahnya buatan HPA.

melayu boleh

Selasa, 28 April 2009

Pelajar melayu cemerlang

Melayu boleh dalam bidang pelajaran


Post melayu boleh kali ini, penulis akan cerita seorang lagi anak melayuboleh yang telah berjaya dalam bidang pelajaran.Tak lain tak bukan iaitu adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal.Seorang anak melayuboleh yang mendapat 20A (19A1 dan 1A2) dalam peperiksaan SPM 2008.


melayuboleh

Sedikit biodata tentang pelajar melayuboleh ini..
Nama : Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal
Umur : 18 tahun
Asal : Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kelantan
Anak : Pertama dari 4 beradik
Nama Bapa : Nik Mohd Kamal Husin
Umur Bapa : 41
Pekerjaan Bapa : Nelayan
Nama Ibu : Mariani Omar
Umur Ibu : 42
Pekerjaan Ibu : Pencuci di Universiti Malaysia Kelantan
Anugerah : Pelajar Terbaik SPM 2008 Malaysia
Sekolah : Ma'ahad Muhammadi Perempuan Kelantan
Pencapaian SPM 2008 : 20A (19 A1 dan 1 A2)
Pencapaian PMR 2006 : 9A
Idola : Siti Nur Fatimah Mukhtar (senior Ma'ahad Muhammadi (P) Kelantan / Pelajar Terbaik SPM 2006)
Cita - Cita : Ahli Fizik

melayuboleh

Kejayaan itu menjadikan pelajar melayuboleh ini adalah diantara pelajar cemerlang dengan mendapat 19 1A dan satu 2A, kurang satu mata pelajaran berbanding pencapaian pelajar terbaik SPM 2007, Azali Azlan yang memperoleh 21 A.
Anak melayuboleh ini juga membuktikan kesusahan keluarga bukan halangan untuk mencapai kecemerlangan walaupun mengambil sebanyak mungkin mata pelajaran bagi menguji keupayaan dirinya dalam menghadapi cabaran hidup sebagai pelajar.
Kesusahan hidup Nik Nur Madihah yang tinggal di rumah sewa kecil di Pengkalan Chepa dipaparkan di muka depan Utusan Malaysia hari ini.
Mariani berkata, sejak kecil lagi, pelajar melayuboleh ini gemar membaca buku dan setiap masa terluang tidak pernah dibiarkan begitu saja.
“Memang dari kecil lagi dia minat benar dengan buku. Saya dan suami tidak pernah paksa kakak membaca buku, kadang-kadang paksa dia suruh berhenti sebab sudah masuk Maghrib.
“Sifat ulat buku ini turun kepada tiga adiknya,” tambahnya.
Menurut Mariani, seorang lagi anaknya kini menuntut dalam tingkatan empat di Sekolah Menengah Teknik Bachok, seorang dalam tingkatan tiga di bawah tajaan Permodalan Nasional Berhad di Bandar Salak Tinggi dan yang bongsu di tahun lima Sekolah Kebangsaan Parang Puting di sini.
Ujarnya, sekiranya pelajar melayuboleh ini meminta wang untuk membeli buku, dia dan suami akan berusaha mencari wang tersebut tetapi selalunya ia tidak diberi serta-merta kerana kesempitan hidup.
“Kakak tidak banyak kerenah dan agak pendiam. Dia pun tidak beritahu kami dia ambil 20 mata pelajaran dalam SPM sehinggalah saat-saat akhir,” ujarnya.
Sumber artikel pelajar melayuboleh ini diambil dari utusan malaysia




 

Melayu boleh link

Search melayu boleh

Video pilihan melayu boleh