Sudah berlangganan artikel blog ini via RSS Feed?
 
Nama:
Email:
 

Ahad, 26 April 2009

Jutawan Internet Melayu

Melayu boleh dalam bidang internet

Jika berkata tentang perniagaan internet, rata-ratanya akan memperkatakan pasal anak melayu boleh ini iaitu Irfan khairi.Seorang jutawan internet melayuboleh yang telah berjaya didalam bidang perniagaan internet dan mengumpul 1 juta dalam masa 3 tahun.Hanya bekerja dari rumah dan berupaya mendapat pulangan yang besar.Begitulah yang dapat digambarkan tentang anak melayu boleh ini sebagai usahawan internet.

Melayu boleh ini tidak perlu meredah kesesakan lalu lintas untuk ke tempat kerja setiap hari. Anak melayu ini juga tidak perlu bertemu dengan pelanggan meskipun dia sebenarnya seorang peniaga. Perniagaannya juga hebat kerana hanya dalam masa beberapa tahun mampu membuatkannya bergelar jutawan, satu gelaran yang diidami ramai.

Itulah secebis kisah mengenai seorang pemuda melayu boleh yang baru berusia awal 30-an yang menceburi perniagaan Internet. Menurut anak melayuboleh ini, dia memerlukan tempoh tiga tahun sahaja untuk bergelar jutawan. Percaya atau tidak, hakikatnya meraih gelaran tersebut ketika berusia 25 tahun, iaitu kira-kira tujuh tahun yg lepas.
Sedikit biodata tentang anak melayu boleh ini...
  • Irfan Khairi merupakan seorang jururunding (consultant) yang menganjurkan seminar mengenai perniagaan melalui Internet.
  • Anak melayu boleh ini mendapat ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire University, United Kingdom.
  • Sebagai pereka sistem multimedia dan perunding Internet, beliau merupakan salah seorang daripada anak melayu yang bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid. Pada ketika ini, lebih dari 5,000 sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan sistem Learning Grid tersebut.
  • Selepas mendapati pendapatan dari perniagaan Internetnya adalah lebih menguntungkan berbanding pendapatan bekerja 9-5, anak melayu ini mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan Internet miliknya selepas 1 tahun beroperasi
  • Perniagaan Internet melayuboleh ini di bawah nama IdeaBubble, sehingga kini telah berkhidmat untuk lebih dari 3,000 pelanggan dari serata dunia. Kebanyakannya dari USA, UK, negara-negara Eropah, hingga ke Timur Tengah, Jepun dan Australia! Antara perniagaan-perniagaan yang berjaya termasuk merekacipta E-book, merekacipta laman web dan grafik, perkhidmatan SEO (Search Engine Optimization), menjual peta, penempahan hotel dan juga perunding Multimedia, E-Niaga dan Pembelajaran.
Anak melayu boleh ini juga turut menulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar sebagai cara menunjukkan cara dirinya dan jutawan-jutawan Internet yang lain menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan yang lumayan.Projek terbaru anak melayuboleh ini ialah Seminar Bisnis Berapi

2 ulasan:

Melayu Boleh Online berkata...

hehe...good infi, tak terfikir pulak nak buat entry pasal Irfan Khairi nie...:D

blogmelayuboleh berkata...

anak melayu boleh berjaya

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Komenlah dengan semangat melayu boleh, bukannya melayu boleh 18sx...

 

Melayu boleh link

Search melayu boleh

Video pilihan melayu boleh