Sudah berlangganan artikel blog ini via RSS Feed?
 
Nama:
Email:
 

Ahad, 26 April 2009

Angkasawan melayu

Melayu boleh dalam bidang angkasawan

Post melayuboleh kali ini penulis akan memperkenalkan seorang lagi anak melayuboleh iaitu angkasawan melayu negara iaitu Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha .Beliau adalah satu-satunya anak melayuboleh pertama yang dapat menjejaki ruang angkasa dengan menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa(ISS).Walaupun beliau adalah seorang doktor bedah ortopedik, tetapi semangat dan kecekalan beliau membuatkan anak melayuboleh ini terpilih sebagai angkasawan melayu negara yang pertama dari seramai 11,275 calon.
Berikut adalah rentetan misi anak melayuboleh ini keangkasa...
  • Misi ini mengambil masa 11 hari dan 9 hari adalah masa yang beliau habiskan diruang angkasa.
  • Anak melayuboleh pertama yang menjalani ibadah berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri di angkasa lepas.
  • Kembali ke bumi pada 21 Oktober 2007 pada jam 6.44 petang waktu Malaysia.
  • Berlepas ke angkasa pada 10 Oktober 2007 dengan menaiki Soyuz TMA-11, pada jam 9.21 malam waktu Malaysia.
  • Telah meraikan Hari Raya Aidilfitri pada 13 Oktober, 2007 bersamaan hari Sabtu distesen angkasa tersebut.
Seorang lagi anak melayuboleh telah dilahirkan diMalaysia dalam bidang angkasa lepas.Post melayu boleh tak akan lengkap jika tiada disertakan gambar anak melayu boleh ini dan sedikit biodata diri beliau.


melayu boleh

Dilahirkan di Kuala Lumpur, Sheikh Muszaphar mendapat pendidikan sekolah tinggi di Maktab Rendah Sains MARA di Muar. Kemudian melanjutkan pelajarannya melalui ijazah perubatan MBBS di Kolej Perubatan Kasturba, Manipal.
Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha merupakan doktor bedah ortopedik dan angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas setelah diumumkan oleh Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 25 September 2007 (Selasa) tepat jam 12.00 tengah hari.
Selain menjadi doktor ortopedik, beliau juga menjadi pensyarah perubatan pelatih di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Sebelum itu, anak melayuboleh ini berkhidmat di Hospital Selayang (2000-2001),Hospital Besar Kuala Lumpur (1999) dan Hospital Seremban (1998).

Artikel "angkasan melayu" adalah hak milik melayuboleh-2u.com

0 ulasan:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Komenlah dengan semangat melayu boleh, bukannya melayu boleh 18sx...

 

Melayu boleh link

Search melayu boleh

Video pilihan melayu boleh