Sudah berlangganan artikel blog ini via RSS Feed?
 
Nama:
Email:
 

Khamis, 7 Mei 2009

Puteri renang melayu

Melayu boleh dalam bidang sukan

Jika berkata tentang bidang sukan,memang ramai atlit negara terutamanya atlit melayu yang telah mengharumkan nama negara kita,Malaysia.Tetapi sehingga kini masih belum ada lagi atlit melayu yang dapat menandingi kebolehan anak gadis melayu ini, iaitu puteri renang negara,Nurul Huda Abdullah.Gadis melayu ini,telah mencapai rekod tertinggi dalam sukan renang negara dengan menggondol 8 pingat emas dalam sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur.Anak melayu ini juga telah dinobatkan sebagai atlit wanita terbaik pada temasya tersebut.


Kebolehan anak melayu ini telah dikesan pada umur 13 tahun lagi dimana beliau telah menggondol 7 pingat emas pada temasya sukan SEA 1985 di Bangkok.Pada temasya sukan SEA 1987 di Jakarta, anak melayuboleh ini telah menggondol 8 pingat, 7 emas dan 1 perak.Sayang sekali,kebolehan dan bakat yang ada pada anak melayu ini tidak dapat digilap lagi kerana beliau Nurul Huda mengambil keputusan bersara selepas sukan SEA di Kuala Lumpur kerana hendak melanjutkan pengajian dalam bidang psikologi di Melbourne Australia.


Post melayuboleh tidak lengkap tanpa gambar dan biodata tentang puteri renang melayuboleh ini.

Nama : Nurul Huda Abdullah
Asal : Selangor
Pungutan pingat:
1985 - Tujuh emas di Sukan Sea Bangkok.
1986 - Dua perak dan dua gangsa di sukan Asia ke-10 di Seoul,Korea.
1987 - Tujuh emas di Sukan Sea Jakarta.
1989 - Lapan emas di Sukan Sea Kuala Lumpur.


Pencapaian :

1) Pemenang anugerah sukan Malaysia bagi kategori wanita untuk tahun 1985 dan 1986.
2) Perenang wanita melayuboleh asia tenggara memecahkan rekod 100m gaya bebas dalam masa kurang 60 saat.
3) Perenang wanita melayuboleh asia tenggara memecahkan rekod 400m Individual Medley dalam masa kurang 5 minit.
4) Memecahkan rekod Kebangsaan sebanyak 10 kali dari 12 acara individu yang beliau tandingi.


melayuboleh

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

anak melayu memang berbakat dan serba boleh

Unknown berkata...

she is islam but not malay.. she is chinese and buddhist by birth.

Cowboy berkata...

Orang cina memeluk agama islam boleh bertukar menjadi anak melayu?

Speedy Hun berkata...

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Nurul_Huda_Abdullah

Unknown berkata...

admin yg cetek ilmu. .. kahkah. mcm indon...minah ni keturunan cina la oii.. claim lg...😂

hafiz miau berkata...

Dia cina lah admin... -_-

Unknown berkata...

Bkn melayu la mangkuk...cina tetap cina sampai akhir hayat

Tanpa Nama berkata...

Penulis artikel ni tk faham bahawa nurul huda abdullah sebenarnya seorang chinese n non muslim. Beliau cucu kpd ex presiden spore

Kemudian barulah beliau memeluk agama islam. Alhamdulillah

arjelarshed berkata...

dia bukan Melayu la! asal nama Melayu terus cop Melayu ke? tak da buat reseach sebelum tulis ke?

Tanpa Nama berkata...

Sebab tu jangan buat peraturan melayu mesti guna nama arab dalam pendaftaran. (Bangsa lain boleh pakai nama arab juga).Tapi bolehlah digabungkan nama arab dan melayu supaya ada indentiti islam dan melayu pada nama melayu itu

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Siapalah tulis artikel ni.. Alahai. Fakta Nurul kelaut la

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Komenlah dengan semangat melayu boleh, bukannya melayu boleh 18sx...

 

Melayu boleh link

Search melayu boleh

Video pilihan melayu boleh