Sudah berlangganan artikel blog ini via RSS Feed?
 
Nama:
Email:
 

Sabtu, 2 Mei 2009

Pakar herba melayu

Melayu boleh dalam bidang herba

Jika bercakap tentang herba, masyarakat melayu dulu akan terfikir tentang kedai sin seh iaitu kedai perubatan herba kaum cina.Tetapi sekarang telah ramai anak melayu yang pakar dalam bidang herba ini.Salah satunya adalah Tuan Haji Ismail Ahmad,anak melayu yang berkebolehan dalam bidang herba.Anak melayuboleh ini telah menubuhkan syarikat MLM berasakan herba dengan nama HPA, Herba Penawar Al-Wahida, dulunya dikenali sebagai PTA-Perubatan Tradisional Al-Wahida.Sehingga kini jumlah ahli HPA ini telah melebihi angka 500,000 ribu keahlian termasuk Malaysia,Singapura,Indonesia dan Brunei.
HPA Industries Sdn. Bhd. telah ditubuhkan secara rasmi pada 15 hb Julai 1995.HPA Industries Sdn Bhd memiliki empat buah kilang yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba Rossele, Pegaga, Misai Kucing, Jagung, Serai, Pisang dan ternakan Ayam,itik, lembu dan Kambing Organik seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupiYang terbaru adalah kilang kopi radix "mai secawan".Kilang yang terletak di kawasan perindustrian MIEL, Jejawi Perlis ini mampu menghasilkan kapasiti 720,00 kotak kopi sebulan.
melayu boleh

Siapakah anak melayu hebat ini, yang berkebolehan dalam bidang herba dan MLM berasaskan perubatan herba ini?Sedikit biodata tentang nak melayu boleh dalam bidang herba.Petikan diambil dalam Metro.
Orangnya cukup sederhana sekalipun memiliki rangkaian perniagaan bernilai jutaan ringgit. Ketika ahli perniagaan setarafnya hidup dalam kemewahan, anak melayu ini lebih selesa menetap di rumah pusaka keluarganya yang beratapkan rumbia dan berdindingkan buluh.

Ia cukup berbeza dengan bangunan HPA Industries Sdn. Bhd. (HPA), syarikat yang diasaskannya pada 1997 yang tersergam indah di Jalan Jejawi, Perlis.

Ini tidak termasuk 4 kilang miliknya di Kawasan Perindustrian Kuala Perlis bernilai lebih RM20 juta.

melayu boleh

Mungkin mereka yang pertama kali berjumpa dengan pakar herba melayu ini akan mengaitkan kesedarhanaan hidup beliau dengan imej waraknya.

Namun bagi Ismail Ahmad, 47, kehidupan peribadi dan perniagaan mempunyai sempadannya yang tersendiri.

“Melayu boleh ini lebih selesa jika orang mengenali produk dan syarikat ini daripada dirinya sendiri,” kata ‘tauke HPA’ itu sebaik wartawan Metro Ahad melangkah masuk ke pejabatnya di Perlis.

Kenyataan itu melahirkan rasa bimbang jika gagal mendapatkan maklumat dikehendaki untuk menulis di ruangan ini. Namun dalam tempoh singkat, sesi temu bual yang bermula dengan formal berubah kepada suasana penuh mesra dan ceria.

Keadaan menjadi bertambah rancak apabila graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) itu menceritakan mengenai hobinya sejak zaman kanak-kanak untuk memasuki hutan bagi mencari pokok herba dan akar kayu.

“Hobi ini bermula sejak saya berusia 12 tahun dan kini dipindahkan menjadi kerjaya dan perniagaan teras saya hari ini sebagai pengeluar produk kesihatan berasaskan herba,” katanya.

Ismail yang juga anak melayu jati Jejawi berkata, walaupun kini memiliki perniagaan yang mempunyai rangkaian di seluruh Asia Tenggara, beliau masih memperuntukkan masa sekurang-kurangnya 2 atau 3 hari dalam sebulan untuk memasuki hutan.

“Bukan bersikap takabbur, tetapi hampir seluruh hutan dan bukit di sekitar Perlis dan Kedah ini sudah saya jelajahi.

“Bermula daripada kanak-kanak dengan mengekori orang yang lebih dewasa untuk belajar pengalaman mereka, kini jika saya mahu mencari sesuatu akar kayu atau herba, Insyaallah saya boleh ingat di hutan dan bukit mana.

“Malah salah satu kebolehan beliau ialah, jika sesuatu herba atau akar kayu itu dibalut dengan kain, hanya daripada bau dan memegang bentuknya saja,saya boleh tahu jenisnya,” katanya.

Mengenai pengalaman pelik atau mencemaskan sepanjang 21 tahun meredah hutan dan bukit, anak melayu jati ini berkata, beliau bersyukur kepada Tuhan kerana setakat ini hanya menemui tapak peninggalan binatang buas seperti gajah dan harimau.

“Yang pasti pengalaman memasuki hutan sungguh istimewa. Ini kerana apabila kita semakin mendekatkan diri kepada alam ciptaan Allah SWT, kita akan semakin merasai kebesaran-Nya.

“Sebagai contoh ada sejenis garam di puncak Gunung Jerai yang cukup berkesan untuk penyakit kencing manis, dan masa mengambil garam ini yang paling baik ialah selepas kambing gurun menjilatnya dan kambing itu hanya hadir pada waktu tertentu,” katanya.

Antara pengalaman luar biasa yang lain ialah beliau pernah menemui ‘batu leleh’ sebesar pemeluk orang dewasa yang mempunyai banyak keistimewaan, terutama berfungsi sebagai penyerap racun dan bernilai ratusan ribu ringgit.

Apabila ditanya bagaimana daripada hanya pencari akar kayu dan herba di hutan, beliau muncul sebagai peneraju syarikat jualan langsung (MLM) Bumiputera melayu pertama berasaskan syariah, antara yang terbesar di negara ini, Ismail berkata:

“Semuanya bermula ketika saya bekerja di LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang) Kampung Kok Keliang dekat Padang Sidin di Perlis. Kami memenangi anugerah Hari Q (Qualiti) JPM (Jabatan Perdana Menteri) dan dihantar ke Indonesia sebagai hadiah.

“Di sana, kami berpeluang melawat beberapa kilang ubat tradisional seperti Mustika Ratu dan Nyonya Menere. Daripada situ saya terfikir mengapa orang Malaysia terutamanya bangsa melayu, tidak mencontohi mereka kerana kita ada permintaan tinggi untuk produk ini.

“Lagipun ketika itu saya memang berniaga ubat secara kecil-kecilan. Malah, ketika di UPM pun, saya berniaga ubat di pasar malam. Ramai penuntut UPM sama ada ‘batch’ (tahun) saya atau senior mahupun junior mengenali saya sebagai penjual ubat pasar malam.

“Selepas tamat pengajian dan bekerja di LPP, saya masih meneruskan perniagaan ini dan apabila mendapat suntikan semangat daripada pengalaman di Indonesia, saya berhenti kerja di LPP pada 1995,” katanya.

Mengimbas semula peringkat awal penubuhan HPA atau singkatan Herba Penawar Al-Wahida sempena nama anak sulungnya, Wahida yang kini berusia 18 tahun, Ismail berkata, kejayaan tidak datang bergolek dalam hidup seseorang.

“Malah, saya dan isteri (Norhayati Ahmad) menjual di pasar malam dan dari rumah ke rumah untuk mengumpulkan modal sehingga HPA menjadi syarikat MLM pada 1999.

“Sejak itu kami tidak lagi menoleh ke belakang dan hari ini, HPA mempunyai 350,000 ahli di seluruh Malaysia. Cawangan kami di luar negara ialah Indonesia yang dibuka pada 2001 dan kini kita (HPA) mempunyai kilang di negara itu dengan 50 pekerja.

“Kita juga mempunyai pejabat di Pattani (Thailand) selain Brunei dan Singapura dengan setakat ini 85 produk ditawarkan kepada ahli kami,” katanya.

Bagaimanapun, HPA bukan sekadar sebuah syarikat MLM kerana ia turut menjual produk secara konvensional, selain membekalkan produk kesihatan kepada organisasi tertentu tetapi kemudian dipasarkan dengan menggunakan label organisasi berkenaan.

Ismail berkata beberapa organisasi gergasi di negara ini menjalinkan kerjasama sedemikian dengan HPA.

“Ini satu pengiktirafan, terutama HPA adalah syarikat MLM Bumiputera kedua di negara ini menerima pengiktirafan Good Manufacturing Practice (GMP) pada 1997 dan tahun ini Insyaallah menerima MS ISO-9001,” katanya.

Namun kata anak melayu ini, yang lebih penting ialah orang ramai tidak perlu berasa was-was menggunakan produk HPA kerana mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KK) selain disahkan halal.

“Berikutan mempunyai keyakinan tinggi terhadap kualiti produk kami, HPA merancang tahun ini untuk mengorak langkah ke Timur Tengah dan Eropah,” katanya.

Bagaimanapun, beliau membuka HPA bukan hanya berasaskan keuntungan, tetapi juga kerana yakin hanya dengan perniagaan akan memberi peluang kepadanya memajukan diri dan keluarga, masyarakat setempat dan ummah secara keseluruhannya.

“Di HPA, kita sentiasa percaya kepada konsep perkongsian pintar. Sebagai contoh, kita menjalin kerjasama dengan beberapa pemilik tanah dan petani di sekitar Perlis dan Kedah untuk menanam herba, di mana kita akan membeli semula tanaman mereka.

“Pada masa sama, ahli menjalin perkongsian pintar dengan HPA. Ini kerana hanya dengan yuran keahlian serendah RM30 seumur hidup, mereka bukan sahaja berpeluang menggunakan produk bermutu untuk diri dan keluarga, tetapi juga mampu menambah pendapatan dengan menjadi wakil penjual bagi HPA,” katanya.

Selaras dengan hasrat menjadi syarikat bertaraf global, Ismail berkata, pemikiran dan imej HPA juga akan mengikut peredaran zaman dan kehendak pasaran.


Dan yang terbaru ialah penubuhan RFC, Radix Fried Chicken iaitu ayam goreng berasas organik yang 100% asas rempahnya buatan HPA.

melayu boleh

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selamat berjuang bro...

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Komenlah dengan semangat melayu boleh, bukannya melayu boleh 18sx...

 

Melayu boleh link

Search melayu boleh

Video pilihan melayu boleh